Mahir Short Learning Series Mahir Masak Edisi Aidiladha Bersama Chef Florence Tan Daging Masak Ros & Kuih Bongkong
22 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 21 Mei 2026, dua orang peserta telah menyertai program Mahir Short Learning Series (SLS) Mahir Masak Edisi Aidiladha yang dijalankan melalui siaran langsung dari YouTube Studio NADI Mahir. Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik penyediaan hidangan istimewa sempena Aidiladha bersama Chef Florence Tan. Program ini diadakan bagi membantu peserta meningkatkan kemahiran memasak serta memberi panduan yang lebih jelas berkaitan kaedah penyediaan makanan tradisional dengan lebih mudah dan teratur.
Dalam sesi tersebut, peserta telah didedahkan kepada beberapa teknik penting seperti cara penyediaan Daging Masak Ros yang lebih enak dan berperisa, teknik menghasilkan Kuih Bongkong yang lembut dan menarik, serta langkah penyediaan bahan masakan dengan lebih sistematik. Peserta juga diberi penerangan mengenai penggunaan bahan yang sesuai, teknik kawalan suhu semasa memasak, serta kaedah penyediaan hidangan yang kemas dan berkualiti bagi memastikan hasil masakan menjadi lebih menyelerakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: